Selasa, 8 Januari 2013

Al-Quran

Solat

مُنْيَةُ اْلمُصَلِّي
MUNYATUL MUSOLLI (Cita-Cita Orang Yang Bersembahyang)

07 KHUSYU‟ DAN ADAB DI DALAM SEMBAHYANG
Dan dinyatakan khusyu’ dan tawadhu’ () bagi Allah tatkala ruku’nya dan sujudnya dan memenuhkan hati bagiya dengan ta‟zhim ( - membesarkan) bagi Allah dan menyucikan Allah tatkala takbirnya dan tasbihnya. Dan menjauhkan berfikir akan yang lain daripada yang ada ia padanya; daripada memikirkan dunia dan akan keinginan hawa nafsunya dan berkhabar-khabar hati. Tetapi adalah citanya itu di dalam sembahyangnya disimpankan atas mendirikan haqnya dan menunaikan dia (sembahyang) seperti barang yang disuruh Allah kerana bahawasanya sembahyang itu serta tambatan hatinya. Orang yang tiada khusyu’ hatinya dan khudu’ () hatinya serta Allah, tiada memberi manfaat dan tiada faedah, tetapi mudharatnya dan seksanya terlebih hampir kepadanya. Dan kata Hasan Al-Basri ra : “Tiap-tiap sembahyang yang tiada hadir hati padanya, maka iaitu kepada seksa itu terlebih hampir.” Dan lagi, disebut pada hadits: “Tiada bagi hamba daripada sembahyangnya, melainkan barang yang dikira-kirakan.” Yakni, barang yang dihadir hati serta Tuhannya daripada sembahyangnya. Dan bahawasanya orang yang sembahyang, sanya sembahyang ia maka tiada disurat baginya daripada sembahyang sudusnya ( - satu perenam) dan tiada „usyur ( - satu persepuluh). Yakni, bahawasanya yang disurat baginya daripadanya kadar yang ada padanya hadir hati serta Allah. Dan yang demikian itu, terkadang sedikit hadirnya dan terkadang banyak dengan kadar lalainya dan jaganya. Maka orang yang hadir lagi khasyi‟ ( – orang yang khusyu’) sekalian sembahyangnya, disurat baginya sekalian pahala. Dan yang lalai pada sekalian sembahyang, tiada disurat baginya sesuatu. Maka ijtihad ( - bersungguh-sungguh) olehmu, hai orang yang berkehendak akan lazat munajatkan akan Tuhannya. Mudah-mudahan dikasihani Allah akan kamu. Maka hendaklah kita ijtihad sebolehnya pada khusyu’ dan hadir hati dan ikhlaskan dia bagi Allah. Dan hendaklah tadabbur ( - perhatikan) akan barang yang kita baca daripada Kalam Tuhan kita di dalam sembahyang. Dan jangan bersegera apabila membaca segala bacaannya. Maka bahawasanya tiada dapat tadabbur serta bersegera.

Dan apabila ruku’ dan sujud, maka hendaklah tetapkan serta toma’ninah. Dan jangan engkau pagutkan ( - patuk) seperti pagut ayam. Maka tiada sah sembahyang, kerana toma’ninah itu rukun sembahyang. Tiada sah sembahyang sama ada fardhunya atau sunatnya dengan ketiadaannya, kerana orang yang tiada sempurnakan ruku’nya dan sujudnya dan khusyu’ di dalam sembahyangnya itu ialah dinamakan orang yang mencuri. Seperti barang yang disebut pada hadits, bahawasanya orang yang memeliharakan atasnya sembahyang dan menyempurna ia akan rukunnya, keluarlah sembahyangnya putih bercahaya-cahaya, dan berkata ia, “Telah memeliharakan akan dikau Allah seperti barang yang kamu peliharakan kami.” Dan orang yang tiada menyempurnakan sembahyang, keluar oleh sembahyang itu hitam lagi kelam dan berkata ia, “Telah mensia-sia akan dikau Allah seperti barang yang mensia-sia akan kami.” Kemudian digulungkan dia seperti menggulung seseorang akan kainnya yang buruk. Maka dipukul dengan dia akan mukanya. Dan lagi disebut pada hadits: “Sungguhnya sembahyang itu menetapkan segala anggota dan kelakuannya dan mengkhusyu‟kan dia dan mengkhudu‟kan dia.” Dan tatkala melihat Nabi saw akan seorang laki-laki bermain-main dengan janggutnya di dalam sembahyang, maka sabdanya, “Jikalau khusyu’ hati laki-laki itu, nescaya khusyu’ segala anggotanya.” Maka menyatakan Nabi saw , “Bahawasanya khusyu’ anggota itu daripada khusyu’ hati. Dan tiada sempurna sembahyang dengan ketiadaannya.” Dan adalah salaf solih-solih sehingga-hingga khusyu’ pada sembahyangnya. Dan menghingga-hinggakan dia sehingga-hingga adalah setengah mereka itu pada tengah sembahyang, datang burung hinggap ia di atas menyangka akan pagar sesuatu jamad ( - benda yang tidak bernyawa) kerana tetapnya dan panjang qiyamnya dan sujudnya. Dan adalah setengah daripada mereka itu, berkata ia bagi ahlinya dan anaknya, “Apabila masuk aku kepada sembahyang, maka perbuat olehmu barang yang betapa kehendak kamu, yakni daripada mengangkatkan akan suara dan hingar-bingar. Maka aku bahawasanya tiada tahu aku dengan ia.” Dan adalah setengah daripada sahabat ra sembahyang ia di dalam kebun pohon tamar baginya. Maka terbang burung daripada satu pohon kayu kepada satu. Dan jadilah ia menilik kepadanya. Maka melalaikan dia daripada sembahyangnya. Maka tatkala diketahui akan dirinya lalai, sukarlah ia atasnya. Maka dijadikan kebunnya sekalian sabilillah kerana ia melalaikan dia daripada sembahyangnya. Demikian lagi kelakuan salaf yang solih, sebab mengetahui mereka itu akan kebesaran pada sembahyang dan amat ketinggian tempatnya pada Allah dan RasulNya. Kata setengah ulama’ telah sampai kepada kami khabar, bahawasanya Allah  membahagi akan segala amal sembahyang atas 40 sof daripada malaikat pada tiap-tiap sof 70 ribu; 10 daripadanya berdiri tiada ruku’, dan 10 ruku’ tiada sujud, dan 10 sujud tiada angkat kepalanya, dan 10 duduk tiada berdiri, dan dihimpun akan sekalian amal mereka itu bagi hambaNya yang Mukmin di dalam dua raka’at yang disembahyangkan keduanya. Maka tilik olehmu akan besar pemberian Allah dan kurniaanNya atas sekalian hambaNya yang Mukminin

08 PERMULAAN KEFARDHUAN SEMBAHYANG

Dan pada riwayat Jabir ra dan Muaz ra , tatkala dinaikkan Rasulullah saw ke langit (Mi’raj), melihat ia pada langit dunia malaikat berdiri selama-lamanya dijadikan Allah akan mereka itu menyebut zikir akan dia tiada ruku’, dan pada langit yang kedua ruku’ selama-lamanya tiada mereka itu mengangkatkan kepalanya, dan pada langit yang ketiganya sujud akan Allah tiada mengangkatkan kepalanya, melainkan ketika memberi salam Rasulullah saw akan mereka itu. Maka diangkatkan kepalanya kerana menjawab salam Rasulullah saw. Kemudian maka sujud pula selama-lamanya. Maka kerana inilah, dituntut dua kali sujud pada tiap-tiap raka’at. Dan pada langit yang keempat, tasyahhud mereka itu selama-lamanya. Dan pada langit yang kelimanya mengucap tasbih dan berzikir mereka itu selama-lamanya. Dan pada langit yang keenam mengucap takbir mereka itu selama-lamanya. Dan pada langit yang ketujuh, malaikat mengucap: “Ya Salam” () masa dijadikan Allah akan mereka itu. Maka cita hati Rasulullah  dan ingin bahawa dijadikan baginya demikian segala ibadat malaikat yang di dalam langit itu baginya dan bagi umatnya. Maka telah mengetahui oleh Tuhannya yang Al-Khallaq ( - Maha Menjadikan) Al-‘Alim ( - Maha Mengetahui) akan cita NabiNya serta sudah diketahui pada azalinya. Dihimpunkan segala ibadat malaikat yang dalam tujuh petala langit itu di dalam dua raka’at sembahyang kerana memuliakan NabiNya dan umatnya. Kata Muaz ra dan Jabir ra : “Maka barangsiapa berdiri di dalam sembahyang, serta membesarkan dia (sembahyang), dan ditunaikan segala rukunnya, dan ruku’, dan sujudnya, adalah baginya pahala malaikat. tujuh petala langit dan barang yang di dalamnya, daripada segala kejadian Allah

09 HIKMAH DI SEBALIK PENENTUAN WAKTU DAN RAKA‟AT SEMBAHYANG

 Kemudian hendaklah diketahui hikmah ditentukan pada waktu yang lima ini dan pada bilangan-bilangannya. Telah dikata setengah hukama’ (): Ditentukan tiap-tiap sembahyang itu menyembahyangkan suatu Nabi daripada anbiya’ Allah pada waktunya. Maka pertama-tama orang yang sembahyang Subuh itu Nabi Adam as tatkala keluar daripada syurga, dan melihat ia akan zhulmah ( - kegelapan), dan takut ia akan sebagai takut yang sangat. Dan tatkala Subuh dan pecah (terbit) Fajar, sembahyang ia dua raka’at; yang pertamanya syukur ia bagi kelepasan ia daripada kelam, dan raka’at yang keduanya syukur ia sebab kembali siang hari. Dan pertama-tama orang yang sembahyang Zohor itu, Nabi Ibrahim as tatkala menyuruh Allah dengan menyembelih akan anaknya (Nabi Isma’il as). Kemudian disuruh pula dengan menyembelih akan penebusan. Dan adalah seru itu pada ketika gelincir matahari. Maka sembahyang ia empat raka’at. Yang pertama syukur bagi penebusan, dan yang kedua bagi membukakan dukacita anaknya, dan yang ketiga bagi menuntut keredhaan Allah daripadanya, dan yang keempat kerana keadaannya sebab diberi penebus yang amat besar (kibasy), seperti firman Allah “Dan Kami tebus akan ia dengan sembelih kibasy yang amat besar.” Iaitu kibasy yang dibawa turun daripada syurga, iaitu kibasy Habil (). Dan pertama-tama orang yang sembahyang fardhu „Asor itu, Nabi Yunus as ketika dikeluar akan dia Allah daripada perut ikan nun, seperti anak burung yang tiada berbulu baginya. Dan ia di dalam empat kelam. Pertama: Kelam Zhulmah kesalahan (lari daripada kaumnya sebelum diizinkan oleh Allah), Kedua: Kelam airnya, Ketiga: Kelam malam, dan Keempat: Kelam perut ikan.

10 PERUMPAMAAN SEMBAHYANG

 Dan ketahui olehmu, bahawasanya umpama sembahyang itu diumpamakan satu raja memperbuat akan satu balai, dan memperbuat ia akan jamuan, dan mensediakan padanya akan bagai-bagai makanan dan bagai-bagai minuman dengan bagai warnanya dan bagai-bagai lazatnya. Dan pada tiap-tiap warnanya itu, baginya manfaat. Maka iaitulah sembahyang. Kemudian, maka menyeru akan segala hambanya merasakan makanan itu. Demikianlah umpama sembahyang itu disuruh Allah swt mengerjakan dia supaya mengambil lazat hambaNya yang kamil daripada bagai-bagai pemberian dan kurniaNya supaya syukurlah hamba itu akan kurnia Tuhannya. Maka af‟al ( - perbuatan) solat itu, seumpamanya makanan, dan zikir, dan tasbih, dan doa, bagai-bagai warna minuman. Maka apa makanan dan minumannya daripada umpama ini, hingga tiada sedar hambaNya yang „arifin ( - orang yang kenal Allah) akan dirinya dan sejuk mata hatinya dengan kurniaNya yang tiada dapat diperinya (diceritakan), kerana ialah yang dinamakan Jannatul „Ajilah ( - syurga yang disegerakan), seperti firman Allah “Dan bagi orang yang takut akan maqam Tuhannya itu dua syurga.” Disegera di dalam dunia iaitu sejuk mata hatinya dengan syuhud ( - menyaksikan dengan mata hati) akan (kebesaran) Tuhannya. Dan syurga yang kedua, di akhirat di sana

11 KESEMPURNAAN SEMBAHYANG

Dan setengah hukama’: Bahawasanya sembahyang itu menghimpunkan di dalamnya 12 ribu perkara. Kemudian maka disimpankan akan 12 ribu itu pada 12 perkara. Maka barangsiapa yang berkehendak sembahyang, maka tak dapat tiada, daripada mengetahui dan mengerjakan 12 perkara itu supaya sempurnalah sembahyangnya. Maka 6 perkara dahulu daripada masuk kepada sembahyang, dan 6 perkara kemudian daripadanya: PERTAMA: Ilmu, kerana sabda Nabi J: “Amal yang sedikit yang dalam pengetahuan itu, terlebih baik daripada amal yang banyak di dalam jahil.” KEDUA: Wudhu’, kerana sabda Nabi J tiada sembahyang itu, melainkan dengan tohur ( - suci daripada hadats). KETIGA: Pakaian, kerana firman Allah : “Ambil oleh kamu akan pakaian kamu pada tiap-tiap masjid.” Yakni, pakai akan pakaian kamu pada tiap-tiap sembahyang. KEEMPAT: Memeliharakan waktu. KELIMA: Mengadapkan qiblat. KEENAM: Niat, kerana sabda Nabi J: “Sungguhnya segala amal itu dengan niat.” KETUJUH: Takbiratul ihram, kerana sabdanya: “Yang mengharamkannya ialah takbir dan yang menghalalkannya ialah salam.” KEDELAPAN: Berdiri, kerana firman Allah : “Dan berdiri kamu kerana Allah dalam keadaan taat.” KESEMBILAN: Membaca Qur’an. KESEPULUH: Ruku’. KESEBELAS: Sujud dua kali. KEDUA BELAS: Duduk tasyahhud akhir.


12 HURAIAN KESEMPURNAAN SEMBAHYANG

1. [Adapun] ilmu itu, atas 3 wajah:
Pertama: Bahawa diketahui fardhu daripada sunatnya kerana bahawasaya sembahyang itu tidak sah melainkan diketahui akan kaifiatnya. Keduanya: Diketahui barang yang ada pada wudhu’nya daripada fardhu dan sunat. Maka demikian itu syarat pula sah wudhu’nya, dan Ketiga: Mengetahui akan tipu daya syaitan supaya dapat ia menjauh akan dia.

2. Maka adapun kesempurnaan wudhu’ itu hendaklah dikerjanya tiga perkara:
Pertama-tama: Engkau sucikan hati daripada khianat dan hasad dan bughd ( - benci), dan Keduanya: Engkau sucikan badan engkau daripada dosa, dan Ketiga: Sempurnakan basuh pada anggota wudhu’ dengan sempurna, dengan tiada berlebih-lebih.

3. Adapun pakaian itu, maka sempurnanya itu dengan tiga perkara:
Pertama: Bahawa ada ia halal, dan Keduanya: Suci daripada najis yang tiada dimaafkan, dan Ketiga: bahawa ada ia muwafaqah dengan sunnah, dan jangan ada pakaiannya itu atas jalan takabbur, dan ujub, dan megah.

4. Adapun memeliharakan waktu itu, maka sempurnanya di dalam tiga perkara:
Pertama: Bahawa ada ia mata engkau melihat akan matahari, dan bulan, dan bintang, dan engkau amat-amatikan dia bagi hadir waktunya, dan Keduanya: Telingamu itu mendengar kepada bang (azan), dan Ketiga: Hati kamu memikirkan janjian-janjian bagi waktu.

5. Adapun mengadap qiblat kesempurnaan di dalam tiga perkara:
Pertamanya: Bahawa engkau hadap qiblat dengan dadamu, dan Keduanya: Bahawa engkau hadap kepada Allah dengan hati kamu, dan Ketiganya: Bahawa engkau khusyu’, dan tawadhu’, dan tazallul ( - menghinakan) dengan anggotamu.

6. Adapun niat, maka kesempurnaan itu tiga perkara:
Pertamanya: Bahawa engkau ketahui apa sembahyang yang engkau dirikan, dan Keduanya: Bahawa engkau ketahui bahawasanya engkau berdiri di antara hadapan Tuhanmu dan Ia melihat akan dikau. Maka engkau berdiri dengan haibah ( - takut) dan sakinah ( - tenang), dan Ketiga: Bahawa engkau mengetahui bahawasanya Ia mengetahui akan barang yang di dalam hatimu. Maka selesaikan olehmu daripada membimbangkan pekerjaan dunia.

7. Adapun takbir itu, maka kesempurnaannya di dalam tiga perkara:
Pertamanya: Bahawa engkau takbirkan sebagai takbir yang sohih, lagi jazam ( -yakin ia sohih) Keduanya: Bahawa engkau angkatkan dua tangan berbetulan dua telinga, dan Ketiga: Bahawa adalah hati engkau hadir. Maka engkau takbir dengan ta’zhim ( - membesarkan Allah).

8. Adapun qiyam, kesempurnaannya itu di dalam tiga perkara:
Pertama: Engkau jadikan matamu itu pada tempat sujud kamu. Keduanya: Bahawa engkau jadikan hati kamu itu kepada Allah, dan Ketiganya: Bahawa jangan berpaling ke kanan dan ke kiri.

9. Adapun kesempurnaan qiraah ( - bacaan) itu, tiga perkara:
Pertama: Engkau bacaan yang sohih dengan tartil ( - tajwid) dan ketiadaan lahan ( - salah baris). Kedua: Engkau baca dengan tafakkur () dan tadabbur () akan maknanya, dan Ketiga: Bahawa engkau amalkan barang yang engkau baca itu.

10. Adapun kesempurnaan ruku’ itu, pada tiga perkara:
Pertama: Bahawa engkau ratakan belakang serta lehermu. Maka jangan engkau merendahkan dan tinggikan kepalamu. Kedua: Bahawa engkau hantarkan dua tapak tanganmu di atas dua lututmu, dan engkau jarangkan antara anak jarimu. Ketiga: Bahawa engkau toma’ninahkan ruku’, dan dibaca tasbih serta ta’zhim dan ketetapan.

11. Adapun kesempurnaan sujud, tiga perkara:
Pertama: Bahawa engkau hantar dua tanganmu berbetulan dengan bahumu. Kedua: Hendaklah engkau renggangkan dua lenganmu daripada dua lambungmu (bagi lelaki), dan jangan kamu hamparkan keduanya kepada bumi. Ketiga: Bahawa engkau toma’ninahkan pada sujudmu dan mengucap tasbih kamu serta ta’zhim.

12. Adapun kesempurnaan duduk itu, di dalam tiga perkara:
Pertama: Bahawa engkau duduk atas tapak kakimu yang kiri dan engkau dirikan kakimu yang kanan jika tahiyyat awal. Dan engkau keluarkan yang kiri di bawah betis kakimu yang kanan pada tahiyyat akhir.
Keduanya: Engkau tasyahhud dengan ta’zhim dan engkau solawat akan Nabi (J) dengan sempurna solawat, dan akan keluarganya, dan sahabatnya. Ketiga: Engkau doakan dirimu dan bagi segala Mukminin.

13. Adapun kesempurnaan salam itu:
Bahawa engkau salamkan dengan sempurna bahawa ada ia serta niat yang sebenarnya, dan salam engkau itu akan orang yang ada pada kanan engkau daripada Malaikat, dan Mukminin, dan Jin, dan Manusia. Demikian lagi pada kiri.

14. Adapun kesempurnaan ikhlas itu, tiga perkara:
Pertama: Bahawa engkau tuntut dengan sembahyang itu dengan keredhaan Allah dan jangan engkau tuntut akan redha manusia. Keduanya: Bahawa engkau lihat akan taufiq itu daripada Allah, dan Ketiga: Engkau memeliharakan dia (ikhlas) hingga hilang dirimu dengan dia